LAWATAN PENANDA ARAS KE KKTM MASJID TANAH DAN PMN MELAKA
Pada 26 Februari 2015, Jawatankuasa Unit Latihan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S telah menganjurkan satu lawatan penanda aras di KKTM Masjid Tanah dan Pejabat MARA Negeri (PMN) Melaka. Lawatan ini telah disertai seramai 40 orang wargakerja IKMJB yang terdiri daripada Jawatankuasa Induk 5S, Ketua-ketua Zon dan Juruteknik.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menerima dan berkongsi idea berkenaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang diamalkan di pusat-pusat berkenaan. KKTM Masjid Tanah dan PMN Melaka dipilih sebagai destinasi lawatan memandangkan kedua-dua pusat berkenaan telah memperbaharui 5S di pusat mereka. Untuk itu, selain daripada berkongsi idea berkaitan Amalan 5S di pusat-pusat berkenaan, lawatan ini juga bertujuan untuk mendapatkan gambaran dan idea penting bagi persijilan semula 5S di IKMJB.
Lawatan ini bermula pada pukul 11 pagi di KKTM Masjid Tanah dan diikuti pada pukul 3 petang di PMN Melaka. Banyak idea-idea dan manfaat yang telah dikongsi oleh kedua-dua pusat berkenaan bagi memberi gambaran tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan Persijilan semula 5S di IKMJB.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home